lahirnya sinopsis yang dibawa tidak berputik hasil...

Thursday, November 3, 2011

Kestabilan + = -


Tiada yang mudah untuk merancang kerana banyak liku. Itu bukan masalah kerana setiap satu pasti ada duanya

ada KAYA tetapi FAKIR dengan budi
ada TUA tetapi perasan MUDA durjana
ada BEBAS tetapi SEMPIT dengan ilmu pengetahuan
ada HIDUP tetapi jiwa MATI tiada pendirian
ada BERANI tetapi didepan PENAKUT tiada kemaluan
ada PANDAI tetapi BODOH menetukan baik buruk akal
ada SEMPURNA DIRI tetapi seperti CACAT tidak berkaki
ada MARUAH tetapi DARA TERUNA diberi percuma
ada KENYANG tetapi tamak seperti KEBULURan
ada CELIK tetapi BUTA sengaja tidak peduli
ada AKTIF tetapi PASIF bila di tambat tali
ada GEMBIRA tetapi SEDIH diselimuti penuh di hatii
ada INGAT tetapi LUPA dengan propaganda dunia
ada TESURAT tetapi TESIRAT dibiarkan saja
ada GAYA tetapi HINA dalam agama
ada SENANG tetapi SUSAH hari pengadilan
ada BERAT tetapi RINGAN amalan akhiratnya
ada LANTANG tetapi BISU bila diberi kepentingan
ada BERSIH tetapi KOTOR berkarat hidupnya
ada BAIK tetapi JAHAT pastikan selamat
ada MEMBERi tetapi MENERIMA dilebihkan
ada SAYANG tetapi BENCI hasat dengki
ada RAJIN tetapi MALAS seperti lembu
ada BETUL tetapi SALAHnya tidak terkira
ada SIANG tetapi MALAM dipersiakan bersahaja
ada TERANG tetapi GELAP laluan tanpa panduan
ada TERATUR tetapi kecah BERTABURAN kehidupan
ada CERAH tetapi ada MENDUNG menujukkan siapa lebih besar

TETAPI YANG PALING PENTING
"ADA pelbagai tetapi SATU sahaja pegangan utama

itu lah kestabilan dunia...setiap perlakauan ada pasangan supaya tidak senget sebelah mehupun berat sebelah tetapi itulah yang berlaku STABILKAN hidup anda supaya lebih sempurna.

UNTUK KESEMPURNAAN