lahirnya sinopsis yang dibawa tidak berputik hasil...

Thursday, November 8, 2012

Sekarang Aku


Tik tok Tik tok
Berdetik masa meninggalakan sejarah lampau
Segala menjadi kenangan memori
Sambil-sambil duduk sendiri dihadapan kaca
dan papan kekunci mencari idea

seperti mudah untuk di isi tetapi susah untuk di luah
bagaimana itu Tanya diri sendiri
idea idea idea kosong kosong kosong
di tulis dulu dengan pensil kayu
pemadam sebagai penyelamat pembetulan
terkapai bibir kotak untuk terbuka supaya aku keluar
tapi takut kenapa??? Entah
orang kata berfikir luar dari kotak
erm tapi aku rasa sekarang perlu lebih jauh dari kotak
ataupun kata mudah tinggalkan terus kotak itu
supaya lebih jauh erm! Betul, betul, betul!
Sering kali setiap hari
Aku cuba untuk sendiri di temankan dengan lampu jalan dan seluputi kegelapan
Seperti hati yang hilang cahaya iman samar-samar akan hilang
Doa demi doa supaya hati ini kental, tabah, sabar, kuat untuk hari demi hari

Hanya yang ESA saja yang tahu
Dorongan sekeliling sangat perlu supaya yang kosong itu penuh
Dengan kertas aku menulis hingga ke blog aku taip serupa
Setiap gerakan, pandangan, pemikiran, tidak akan sama tapi tujuan tetap serupa
Dari tersurat hingga tersirat rasanya jelas penyampaiannya
Agar segala urusan dipermudahkan
Berfikir akan diterus kan setipa hari masa, detik,saat
Selama-lamanya tetap berfikir
Supaya tidak tertinggal ungkapan sebenar tentang kehidupan.

“Sipensilkayu tidak akan berhenti menulis”


Wednesday, November 7, 2012

mengira senyuman

mesin kira-kira semangkin canggih
tapi tetap hebat dangan hanya congak
hari ini setiap satu aq lihat
di lembah orang aq seorang rantauan
mcm2 jenis manusia

tapi aq tetap suka hanya satu "senyuman"
sebab aq jenis org yg susah nk senyum
huuuuuuu...(pesen muka serius je)
susah-suasah, xpe natural view dalam hati aq tetap t'senyum
walaupun bibir yg patut senyum kelat je muka
muka kelat x reti nk senyum!!! aq larh tu
satu, dua, tiga banyak larh
sini, malu2, xikhlas, yg sempurna, yg comel, dan dll.
senang je dorang senyum aq susah -_-"
tapi xpe aq akan cube senyum walaupun susah (??? tapi cm mne)
12345 strike clear satu column senyum... =)

Tuesday, November 6, 2012

pensil kayu

bermula dengan memandang
terus minda, dibawa ke jiwa
layar bayangan dari imaginasi
terdetik pada jari jemari
di hasil dari PENSIL KAYU

cuba-cuba melukis
menulis
mewarna
segalanya itam putih kelabu

kecil-kecil dulu dinding dilakar indah
di marah juga indah
tetapi berbisa...
huhuhu itu ilham ketiga dunia aq kini
si pensil kayu...

di atas kertas mahu pun meja di sekolah
itu satu kewajipan,  hobi budak sekolah
ilham semua kt situ siap peta dunia ke 2 ataupun da nk sampai dunia yg ketiga
zaman-zaman-zaman memberontakkerap ku jajah ...
itu dunia sekolah

si pensil kayu kini menjadi permulaan baru
dengan helaian kertas aq tju
untuk aq curah kan segalanya seperti dulu


_si pensil kayu-

Saturday, September 8, 2012

semaian

di bawah tanah yang lembap
di atas darat yang kering
ingin sekali di kongsikan
tetapi tidak semudah itu

di tanam dalam hati
untuk menyemai jiwa
kosong tiada apa
perasaan bergolak
jauh sekali kehendak

tidak apa harapan ada
prinsip sebagai susulan
keperluann didahulukan
kehendak ditunaikan

melihat sekeliling ingin di semai semua
tetapi takut tidak menjadi
lalang yang mendatang
itu bukan alasan tapi punca kekalahan
semaian hati berakar dijiwa menghidupkan perasaan mebuahkan hasil tidakan

p/s: all the within "mencuba"


Sunday, July 29, 2012

bintang

bintang-bintang dilangit,
sungguh indah rupanya,
menyinari angkasa,

setiap tiba senja semua mula ke dalam,
menutup pintu, tingkap dan semua,
mendengar kemundangan azan untuk tanda kewajipan
melaksanakan ibadah yang kadangkala tidak sempurna
terus mencuba,

selesai amanah, menunggu, dan meneka
bosan, sepi diulik hati jiwa berkecimuk,
serba x kena, songsang nafas dibuatnya,
masalah! normal bagi manusia tapi jangan menjadikan sepenuhnya,
takut maslah yang bermaharaja lela,

teman sudah semestinya tiada,
sendiri diatas kerusi konkrete,
nyamuk jangan kata ligat menukar sasaran,
tapi aq masih mencari, meneka mengharap,
walaupun bertempat di pantai laut melihat kapalyang beratur,
dengan lampu yang menarik, tapi tetap menunggu,

akhirnya disusuli bulan purnama, bayang kabus yang menjelma,
tersembunyi berjuta-juta kelip yang ku tunggu,
bintang, seindah penciptaan ingin aq gapai tapi tidak perlu,
takut cacat hiasannya, satu demi satu di lihat dan memikir,
di ulik tenang angin monsoon, tenang melihat mudah nukilan,
indah, menakjubkan, hebat dan tidak lupa subhanallah ^^
tersenyum aq sendiri biar tiada peneman hati tapi aq yakin penciptnya adlah penemanku yang sejati....

 

Thursday, June 21, 2012

hadam

hari ini merupakan hari yang tidak dapat dijangka
tatkala isu diskusi dilontarkan walaupun sebagai pandangan
tetapi ia bukan apa yang d'bayangkan, malah m'nyusahkan
di azan kali ini dengan pendirian, menari-menari minda ini
seperti mendengar lagu rancak menarikan mosh kt gig
memang tidak sesuai hari ini, bila-bila pun sama
terlalu banyak perkara dijadikan taruhan yg m'buatkan aku takut
seperti tidak matang, seperti bayi dengan bantal busuknya
setiap kata-kata ada yang betul ada yang kurang betul ada yang tidak betul
sampaikan gubalan pepatah ditukar dengan maksud sendiri
" yang jahat dijadiakan pengajaran, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan pandangan"

tetapi bukan ini yang ingin disampaikan
tetapi suatu tajuk yang terlintas bukan sekadar terlintas
tetapi pengajaran untuk aku yg lemah, mentah dan tiada kekuatan
hadam sinonim dengan makan untuk prosess di dalam perut
tetapi kali ini hadam bermaksud pendam
terkena, dihina, di cerca, di seksa, dan senagkatan dengannya biar lah
sendiri menhadam pendam kerana boleh mengambil pandangan tetapi sekeliling
tetapi aku di ajar pentingkan diri sendiri dulu bru engkau membantu
jgn cuba seksa diri, tetapi itu yang aku hadap untuk hari ini

kadang-kadang termakan juga aku dengan kata hikmat si lilin dunia(pengajarku)
"sampai bila nak orang yang menentukan"
malah de kata lagi dari darah sedagindku
"da cukup umur menetukan pendirian nak amek xnak diam pendam"
kata ketua rumah keluargaku
"sekarang bukan macam dahulu semua sendiri"

semua kata-kata hikmat ni de prngajaran yang membuatkan otak lembap ku berfungsi
walaupun dengan gear yang karat, tetapi tetap b'fungsi
perlahan mengayuh baru dapat pemandangan yang menarik

itu lah perkara yg d'pelajari hari ini carilah pendirian sendiri
hadam dan pendam kalau perlu supaya x m'nyusahkan diri sendiri
dan org yg d'keliling, supaya tidak bingung sendiri
cabaran demi cabaran itu perlu dihayati bukan sekadar menempuhi...
setiap tiupan itu ada penyampaianya dan ia terbahagi kepada tersirat dan tersurat mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada ku dan sahabatku untuk keredhaan mu

Tuesday, June 5, 2012

cerita~cerita

bermula dengan suatu hari
berakhir dengan  berakhir dengan gembira
mungkin sedih atau tiada kesudahan
terpulang kerana itu lah kesempurnaannya

hari-hari memetik tali besi pada tong kayu
rentaknya tidak sama pada rima
mencari irama, lagunya kena ada
makna perlu ada erti kandungan

kebarangkalian ia mudah tetapi susah
di atur dengan barisan selari yang tersedia
relakan jiwa bermain dengan hati 
supaya perasaan itu hidup

nukilan, karya, ilham, sama sahaja
bukan naluri petunjuk tetapi telunjuk
jangan ikut hati seksa tiada simpati
pastikan sampai di ajukan persembahan 
agar sentiasa boleh dikecapi akal minda.

seperi sama tapi cerita tidak serupa dari jalan yang sama kerana laluan tidak sama sebagai pilihan.

Wednesday, May 30, 2012

tiada kata secantik bahasa

pembuka kata didahulukan dengan salam gelumandang
sahutan lisan menjadi bicara tulisan pena sering meneka
mudah mengukir kata yang sempurna pada helaian ela setiap kertas putihnya
disisi biasa dengan minda luar kotak untuk melepaskan idea
mengharap tidak payah tetapi perlu sabar sentiasa
konsi bersama setiap barisan hingga menjadi perenggan
propa biasa didengar melalui deria tetapi terseksa di jiwa
hebat bicara tetapi berjaga-jaga pada malamnya, siangnya kena perhati sentiasa
menghasilkan nukilan yang tiada makna, mustahil kerana penyampaian kita tidak sama
cerita cinta, travelog, monolog, pengajaran pada pembacanya nama berbeza tapi sampainya ke hati minda
seksa juga fizikal untuk dinyah saja lenguh otot nya tetapi tidak mudah keran ada caranya
lafaz sangat mudah tetapi isinya pastikan berguna
kalau seni itu sendiri ada makna kehalusannya kenapa tidak nukilan karangannya
berbena seninya tetapi apa yang ingin disampaikan sama
pengajarannya serupa, pastikan benar-benar belaka
ayat ku tergantung disini....tetapi belum di letakkan noktah sebagai penutup bicara
kerana tiada penghujungnya bila berkata
tetapi akhirnya bila engkau di jemput yang maha esa untuk bersemuka itu di dunia...^^
selamat kepada semua yang mencintai "bahasa kita" xkira apa pun bahasa mu...

 

Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Ibu

terlalu lama memikirkan perjalanan masa depan
terlupa kewajipan kedua, sering lupa,
bukan lupa tetapi tidak ingin menyanyat hati lara,
zaman demi zaman aku hadapi di sampingi dengan didikan dan kasih sayang
tidak sesekali terlupa akan itu tanggungjawab
sebuah rujukan hati, jiwa yang sedih dan gembira
teman terbaik yang sering memberi nasihat
terkenang zaman nakalku dia membelikan sesuatu sebagai kenangan
sering dijadikan simbol semangatku
kucupan sebelum tidur ku lena dengan mimpi indah
aku yang nakal tabah di ajarnya
penat lelah nya tidak terhigga rasanya tetapi sering memberi makan dengan sempurna
sakit lelahku dijaga sepenuhnya walaupun dia tidak lena asalkan aku sembuh sempurna
usaha demi usaha di berinya untuk menjadikan aku sesuatu yang berharga
pujukkan untuk tangisan ku yang menyakit telinag sanggup di dengarnya
perangaiku yang gila di layannya dengan selamba
kennagan ini lah yang membuatkan aku rasa aku cukup sempurna
walaupun engkau tida aku tetap simpan segalanya di memori hati diselubungi akal mindaku
engkau lah segala-galanya buat ku
tidak guna aku menitiskan air mata sedangkan engkau kekal disana
satu hari kelak aku akn ke sana untuk aku bertemu dengan mu

MISS U MAMA ...u always in my heart although it break into pieces u still there with me...




p/s : hargai lah ibu anda kerana senyum terakhirnya hanya 
     sekadar memori di hati dan jangan dilupa jasanya   
      kerana satu hati nanti ia sekadar kata-kata yang 
      sempurna pada madahnya





    SELAMAT HARI IBU
                                         kepada semua IBU-IBU diluarsana yang HEBAT!!!