Melihat larian si kecil yang dahulu aku sertai, tetapi segala telah menjadi memori. Memori ini yang telah mengukir cerita degil, nakal, aggresif, aktif, ingin mencuba, hyper, dan cerdik menjadikan cerita ini menjadi menarik. Kata-kata kunci inilah yang membawakan perjalanan hidupku sempurna sebagai si kecil zaman nakalku ataupun boleh dikatakan zaman kegemilanganku.
Mungkin terlalu banyak metafora sesebuah naluri si kecil yang tidakku ketahui sehinggalah aku mempunyai generasi baru di dalam keluargaku. Sehingga kini tanda tanya menjadi permanan konda kondi di fikiran. ‘Ya’ konda kondi permainan dahulu agak ganjal kalau diajak budak-budak sekarang sepasang tangan yang melekat pada telapak tangan yang kecil hebat menekan butang –butang yang mempunyai bentuk sebagai petunjuk. Berbalik pada permainan konda kondi permainan yang mengunakan peralatan kayu pendek dan panjang dan lubang sebagai petanda atupun untuk counter attack pemainnya tidak kira berapa seronok dengan ketangkasan dan ke’aggresif’an pegerakan dan rentak permainan.
Selain itu, memikirkan tentang si kecil yang penuh dengan imaginasi mat jenin yang jatuh kerana kuat berangan. Adakah itu kerhidupan si kecil? Masih lagi yang bingung difikirkan seperti mengawal pihak lawan di dalam permainan galah panjang yang perlu fokus supaya mereka tidak dapat lepas dari garisan yang disediakan. Seronok bermain galah panjang memang bingung dibuatnya untuk mengawal pegerakan licik dan kacauan yang memberansangan pemikiran untuk mengawal. Tetapi bingung memikirkan isi hati si kecil lebih meruncingkan.
Bila melihat mereka berjalan dihadapanku yang melakukan kerja, membuatkan terheret pemikiranku ke zaman dahulu apa yang sebenarnya kehidupan si kecil itu. Heretan ini membuatkan segalanya beralih ke sebatang pokok yang dahulu ia dijadikan permainan “hmph…” tarik upih dengan mengheret daun pelepah dan penunggang. Sangat melucukan bila di ingatkan kembali tiada siapa yang ingin menarikku kerana tubuhku yang tembam dan chubby ini. Tapi apakan daya melihat sajalah yang aku mampu. ^_^
Berkelahi si dua beradik dihadapanku untuk merebutkan sesuatu sehingga salah seorang Berjaya merebutnya dan yang kalah diakhiri tangisan yang menyampahkan tapi lucu bila melihat mereka. “Sesuatu yang menarik menjadi tarikan, yang lama diabaikan” itu lah kata abangku, boleh di katakana ia sebuah lumrah kehidupan gajet-gajet baru menjadi rebutan, artis baru jadi buruan seperti musang dan ayam, sebuah permainan merebut anak ayam, si ibu menjaga anaknya supaya tidak di culik oleh si musang sesuai sekali dengan situasi ini.
Bagaimana pula dengan si kecil yang menangis kerana menginginkan sesuatu, hancur lebur dibuatnya hati yang kecil ini. Balingan selipar jepun yang menghancurkan menara selipar tiga yang di susun sempurna “BOOM” roboh menara tetapi akhirnya si dewasa beralah dan menunaikan hajat si kecil tadi ibarat menyusun semula selipar jepun tadi menjadi menara sebelum terkena balingan penerima.
Penuh kekeliruan untuk menceritakan kehidupan si kecil ini walaupun telah di tempuhi dahulu. Penuh dengan pencarian fakta definisi yang boleh dihuraikan untuk si kecil ini seperti di wikipedia taip terus ada jawapanya. Hebat pembikinan Wikipedia itu, penuh dengan informasi pencarian yang di ingini. Boleh dikatakan bermain sembunyi ibu penuh dengan kekeliruan untuk mencari mangsa yang sembunyi, tetapi tidak mudah mencari mereka pegerakan yang licik dan tiada petunjuk-petunjuk yang memudahkan pencarian itu. Letih mencari, letih berfikir tetapi menerapan di hati adalah tidak mudah beralah dan bersemangat itu yang membuatkan ia lebih menyeronokan.
Makanan kegemaran si kecil sudah semestinya gula-gula, junk food (jajan), carbonate drink (air oren) dan segala makanan yang ada di kedai runcit yang berdekatan. Amat menyelerakan nasi makanan berkhasiat jauh sekali dilemparkan seperti main tembak rusa a.k.a doge ball. Satu permainan yang perlu melemparkan bola ke pihak lawan di dalam sebuah bulatan manusia memang sakit bila terkena bola tapi lagi sakit telinga bila ibu membebel direct kat telinga bila suruh makan tidak di jamah makanannya (p/s padan muka).
Kesangsian yang dirasai di minda jatuh kehati yang perlu dijiwai dan dirasai penuh dangan ingin diketahui sepenuhanya sungguh menekankan, tetapi tekanan ini lebih dirasai bila polis bersungguh mengejar perompak yang telah diundi. Hebat! Kecil sudah menjadi polis dan perompak ia sekadar permainan Police tanthree penuh kesangsian mencari dan menangkap seorang demi seorang si perompak oleh si polis yang hebat sekali.
Si kecil yang penuh dengan konklusi hidupan yang menarik, satu demi satu ditaksirkan setiap tindakan tambahan dengan konflik dalam sebuah jawapan. Perkara ini sudah mengambarkan sebuah cara peperangan yang memerlukan pemikiran penyelesaian yang pantas dan tepat untuk menyerang pehak lawan dengan cara dan gaya yang seolah berada di gelangang peperangan yang sebenar tetapi ia hanyalah sekadar permainan senapang kayu berpelurukan terung pipih boleh dikatakan permainan tetapi di tambahkan sedikit imaginasi si kecil yang kuat maka menjadikan ia realistic.
Meilihat tanpa berkebil sekalipun tidakku tahu mereka yang dikatakn si kecil itu namun tetap ku terkam setiap gerak geri mereka dan aku akan mengolahnya sendiri tapi aku takut jika di slah taksir kerana memakan diri. Fokusku terus ke kasut lama yang kotor yang membuatkan ibuku penat menyucinya dengan permainan pijak kasut dalam sebuah bulatan manusia agak rumit tetapi mengajar si kecil fokus dan menerkam kasut pihak lawan seperti haiwan karnivor yang laparkan makanan.
Mungkin bukan salah mereka jika si kecil sekarang tidak tahu semua perminan in dan perminan lain yang dimainkan aku dahulu tetapi lebih mengenali gameboy, play station 1,2, 3 + playstation portable (PSP) , laptop, applikasi game di telefon bimbit, PC dan online game . Dipendekkan segala perubahan globalisasi budaya di dalam penukaran zaman teknologi melahirkan mereka dengan pengatahuan serba morden. Sudah semestinya dahulu aku tidak dapat segala kemudahan ini semua hanya pemikiran yang kreatif menjadikan sebuah permainan yang hebat tanpa perlu pengadil yang menentukan procedure permainannya. Tetapi bertentangan pula dengan sekarang segalanay ditentukan jikalau tiada console maka tidak boleh dimainkan susah bukan.
Rancak penulisan ini akan anggarkan hanya sekadar beberapa perengan namun sebuah memori tidak boleh di tulis semua dengan tepat dan padat ia mampu diolah dengan sedikit rekaan supaya ia lebih sesuai dibaca dan mempunyai tarikannya sediri. Tekaanku sama bila dimarahi kerana bermandian di sungai yang dasarnya yang dalam tetapi tidakku dipeduli. Pulang kelewatan bapa menunggu sepanjang perjalanan difikirkan alasan-alasan yang sesuai digunakan, direka, diolah, berpusing, terbalik sehingga perenggan selesai dengan sempurna. Tetapi apakan daya hukuman tetap dilaksana salahku juga tetapi si kecil zaman kecil tidak perduli akan semua itu seperti sekarang semua ingin mencuba bila sakit baru nak menangis tetapi masih menyentuhnya. Ajaib tetapi ia sangat mengangumkan bagi si kecil di mata kasarku.
Lahirnya aku dahulu, sehingga menjadi seorang kanak-kanak yang nakal habis semua binatang ayam,kucing, lembu, kambing dan semuanya aku seksa tapi sekarang berubah ditanya apakah binatang itu memang confirm cakap murai(pengaruh iklan). Didekatkan dengan binatang takut menangis pelik dibuatnya pemikiran aku tidak seperti aku wild bar aku kejar amat merunsingkan perangai aku dulu. Anak lelaki katakana memang taring ditunjuk sengat mendatang(pepatah sendiri).tapi itu lah kehidupan kecilku. Bagaimana pula keletah si kecil zaman kini?, air sungai aku terjun, laut ku mendapar tasik ku terjah hemtam membuta tanpa memikirkan bahaya. Tapi si kecil kini masih berpelapung tambahan(boya) untuk berenang ditarik tempat dalam menjerit meraung amat menggelikan hati.
Zaman dahulu dengan zaman sekarang amat berbeza si kecilnya. Tapi kita boleh mendidiknya “melutur buluh biar dari rebungnya” pepatah berkata. Mungkin kerana pendedahan tapi dahulu aku engembara sendiri semak samun, hutan belantara dan rumah berhantu tiada difikir melainkan segalanya keseronokan.
zaman-zaman kanak-kanak adalah zaman keseronokan



cerita cinta simple but full of tersirat













