sahutan lisan menjadi bicara tulisan pena sering meneka
mudah mengukir kata yang sempurna pada helaian ela setiap kertas putihnya
disisi biasa dengan minda luar kotak untuk melepaskan idea
mengharap tidak payah tetapi perlu sabar sentiasa
konsi bersama setiap barisan hingga menjadi perenggan
propa biasa didengar melalui deria tetapi terseksa di jiwa
hebat bicara tetapi berjaga-jaga pada malamnya, siangnya kena perhati sentiasamenghasilkan nukilan yang tiada makna, mustahil kerana penyampaian kita tidak sama
cerita cinta, travelog, monolog, pengajaran pada pembacanya nama berbeza tapi sampainya ke hati minda
seksa juga fizikal untuk dinyah saja lenguh otot nya tetapi tidak mudah keran ada caranya
lafaz sangat mudah tetapi isinya pastikan berguna
kalau seni itu sendiri ada makna kehalusannya kenapa tidak nukilan karangannya
berbena seninya tetapi apa yang ingin disampaikan sama
pengajarannya serupa, pastikan benar-benar belaka
ayat ku tergantung disini....tetapi belum di letakkan noktah sebagai penutup bicara
kerana tiada penghujungnya bila berkata
tetapi akhirnya bila engkau di jemput yang maha esa untuk bersemuka itu di dunia...^^
selamat kepada semua yang mencintai "bahasa kita" xkira apa pun bahasa mu...

