lahirnya sinopsis yang dibawa tidak berputik hasil...

Thursday, June 21, 2012

hadam

hari ini merupakan hari yang tidak dapat dijangka
tatkala isu diskusi dilontarkan walaupun sebagai pandangan
tetapi ia bukan apa yang d'bayangkan, malah m'nyusahkan
di azan kali ini dengan pendirian, menari-menari minda ini
seperti mendengar lagu rancak menarikan mosh kt gig
memang tidak sesuai hari ini, bila-bila pun sama
terlalu banyak perkara dijadikan taruhan yg m'buatkan aku takut
seperti tidak matang, seperti bayi dengan bantal busuknya
setiap kata-kata ada yang betul ada yang kurang betul ada yang tidak betul
sampaikan gubalan pepatah ditukar dengan maksud sendiri
" yang jahat dijadiakan pengajaran, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan pandangan"

tetapi bukan ini yang ingin disampaikan
tetapi suatu tajuk yang terlintas bukan sekadar terlintas
tetapi pengajaran untuk aku yg lemah, mentah dan tiada kekuatan
hadam sinonim dengan makan untuk prosess di dalam perut
tetapi kali ini hadam bermaksud pendam
terkena, dihina, di cerca, di seksa, dan senagkatan dengannya biar lah
sendiri menhadam pendam kerana boleh mengambil pandangan tetapi sekeliling
tetapi aku di ajar pentingkan diri sendiri dulu bru engkau membantu
jgn cuba seksa diri, tetapi itu yang aku hadap untuk hari ini

kadang-kadang termakan juga aku dengan kata hikmat si lilin dunia(pengajarku)
"sampai bila nak orang yang menentukan"
malah de kata lagi dari darah sedagindku
"da cukup umur menetukan pendirian nak amek xnak diam pendam"
kata ketua rumah keluargaku
"sekarang bukan macam dahulu semua sendiri"

semua kata-kata hikmat ni de prngajaran yang membuatkan otak lembap ku berfungsi
walaupun dengan gear yang karat, tetapi tetap b'fungsi
perlahan mengayuh baru dapat pemandangan yang menarik

itu lah perkara yg d'pelajari hari ini carilah pendirian sendiri
hadam dan pendam kalau perlu supaya x m'nyusahkan diri sendiri
dan org yg d'keliling, supaya tidak bingung sendiri
cabaran demi cabaran itu perlu dihayati bukan sekadar menempuhi...
setiap tiupan itu ada penyampaianya dan ia terbahagi kepada tersirat dan tersurat mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada ku dan sahabatku untuk keredhaan mu

Tuesday, June 5, 2012

cerita~cerita

bermula dengan suatu hari
berakhir dengan  berakhir dengan gembira
mungkin sedih atau tiada kesudahan
terpulang kerana itu lah kesempurnaannya

hari-hari memetik tali besi pada tong kayu
rentaknya tidak sama pada rima
mencari irama, lagunya kena ada
makna perlu ada erti kandungan

kebarangkalian ia mudah tetapi susah
di atur dengan barisan selari yang tersedia
relakan jiwa bermain dengan hati 
supaya perasaan itu hidup

nukilan, karya, ilham, sama sahaja
bukan naluri petunjuk tetapi telunjuk
jangan ikut hati seksa tiada simpati
pastikan sampai di ajukan persembahan 
agar sentiasa boleh dikecapi akal minda.

seperi sama tapi cerita tidak serupa dari jalan yang sama kerana laluan tidak sama sebagai pilihan.