lahirnya sinopsis yang dibawa tidak berputik hasil...

Wednesday, January 25, 2012

pandangan


Celik sahaja mata, kesyukuran yang tidak terhingga tidak sah kalau telefon bimbit dilihat walupun tiada yang ingin menghubung, kejutan kalau “YA”. Tapi biasanya daripada perkhimatan talian sahaja kerana tempoh luput tetapi bakinya masih tidak tersentuh.
Seperti biasa tanggungjawab bangun subuh sebagai amanat dan amanah sebagai hamba yang hina daripada perintah teragung  itulah tiang agama solat lima waktu wajib ku tunaikan sebagai hamba yang lemah.
Lalu berangkat aku dengan panduanku sebagai tunggangan harianku ke lokasi syarat pendidikanku yang perlu dilunaskan. Sambilan aku dengan kehangatan kotak transaksi tidak terlepas, seronok mendengar kepetahan berkata kelakarnya, seriusnya, sedihnya semua sempurna rencahnya.
Tiba saja ditanah lapang dengan kemajuan, kehulur-kehilirlah jalanku melihat mereka-mereka yang berkemahiran semula jadi yang telah diasah tajam dari pengalaman , hebat!!!. Tidak seperti aku yang keras membatu seperti tunggul penunggu yang tiada harapan dan matlamat hidup aku…keliru, keliru, keliru pudar masa hadapan malap kejayaan. Tiada perancangan tetap buatku, tidak tahU!!!.

Sepanjang langkah-langkah jalanku hanya diari menjadi penemanku, seronok menulis di garisannya bersama pena teman rapatnya. Catatan tulisan dijadikan rujukan pandangan yang jelas nyata sebagai peneman minda yang semakin lemah untuk luahan kata mahupun fikiran biasa ataupun luar biasa
Diteruskan perjalananku melihat kembali mereka-mereka yang bersungguh-sungguh mencari naskah untuk saran hidup mereka. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa bukan aku yang disana melakonkan watak-watak meraka yang ataupun anak-anak muda iaitu generasi kita yang melakukannya. Tidak seperti dahulu mereka-mereka “YA” zaman datuk-datuk , ayah-ayah kita yang boleh melakukan seperti mereka sana hebat mereka orang tua kita yang menyara kita sehingga kini besarnya.Apa yang dipikirkan mereka si anak muda malu, standard, budaya, selesa???... Entahlah tunggu  saja masa hadapan yang tiba jika boleh jumpa.
Panas cuaca hari ini seperti biasa berkerut muka, ketat, masam mimic muka renyuk bagai kertas yang runyuk kerana terkena pancaran cahaya matahari di tambah dengan penat berjalan kaki, tetapi segalanya berubah apabila “ subahanallah” sangat mengagumkan . Walaupun aku  sering melihatnya sejak kecil lagi, benar kata mereka yang bijak pandai berkata suasana harmoni alam semulajadi adalah terapi yang terbaik. Tidak terkebil mataku melihat sambil melihat titisan air renyai gerimis jatuh kebumi nyaman muka dilanggar aku deras angin laut berdekatanku. Indah ciptaan nya dan tempat terbentangnya ia susunan warna yang cerah meriah mudah, tidak seperti kita yang ingin keluar berjalan menyuaikan baju dan seluar dari kepala hingga kaki payah. Tetapi bukan ciptaan Maha Esa  ia sempurna segala-galanya.
Teringat juga aku dahulu yang ditipu dengan kata-kata mereka “ jangan ditujuk jari tu” ”kenapa?” jawabku ….merekakodong nanti”…”????? ye ke jawabku terus percaya aku biasalah zaman nakal dahulu kecil manalah tahu dibodoh saja aku tapi itu yang mengajar aku untuk lebih tahu dunia aku sehingga kini tiada lagi tanda soal buatku…ya!!! 

Pelangi cukup indah buatku tidak tahu apa yang ingin aku tahu yang aku sendiri tidak tahu. Gembira sungguh hatiku hari ini dengan ciptaan ilahi.
Terpikir lagi aku ciptaan maha teragung betul-betul membuat tersedar siapa aku sebenarnya hanya hamba yang lemah yang sering melakukan larangannya siapalah aku. Susah senangku hanya dia saja yang tahu tetapi kenapa masih melakukan ulangan yang tidak perlu perlahan-lahan aku mencuba insya’allah

p/s: Susah senang ingatlah penciptamu semoga diberkati dan diredhai dunia dan akhirat

Thursday, January 12, 2012

titisan

hujan...
sungguh mambosankan
terhad pergerakan
emosi tidak stabil
ke kanan - ke kiri dituju
sungguh membosankan

pudar langit malap cahaya
ditutup awan gelap membawa berkat
titisan demi titisan jatuh kebumi
diresap dalam ke hujung muka bumi

merujuk hati yang sendiri
untuk titisan itu berhenti
semuanya alasan belaka untuk dikerjakan tertangguh
tatkala haiwan bersayap boleh berkicau
mencari makan di tengah terjunan rahmat
bala di akal tidak selamat
buta, kolot pemandangan itu''

kerana yang tersirat tahu makna titisan itu
kecuali yang berakal mewah sentiasa keliru
itu adalah pemberianmu sebagai pengajaran buatku...
p/s: sediakan payung sebelum hujan nanti demam pulak...heheheh

Thursday, January 5, 2012

kata dari mata

sebuah emosi boleh terlihat daripada muka dan dapat dilihat dengan gerakk geri mata yang tidak tenteram
terkebil sepasnag mata yang sempurna ciptaannya
tersalah pandang derhaka ia dari hati gelap gelita dan malap
disini bermula segala kata-kata dan luahan si hati yang berbicara
sebagai pelengkap yang sempur iaitu MATA

sering aku melihat dalam kehidupan yang penuh kesempitan
tetapi mata luas terbentang dengan akal yang berfungsi
tertulis satu demi satu sel nuklion terhasil
mudah mentafsir segala tersirat dan tersuratnya
mabuk mata melihat meratah kenyang segala ragam dan sengketa
untuk ditulis dan dikongsikan kata yang tidak seberapa
aku terkilan kerana mata kasar yang jelas ini masih lagi yang tidak ternampak di sebaliknya
aku mudah lupa, leka, berfoya-foya dengan dunia nyata
kenapa masih tidak tersedar akal, hati untuk bangun bangkit
bila melihat kelompokmu dihina masih tidak serik
buka lah mata , BUKALAH untuk sedar dari telena fantasi yang buta
itu kehidupan fakir dengan pemikiran yang kehadapan
budaya hanyut dijadikan pegangan...
mata yang tersirat ku nukilkan sebagai kesedaran kehidupan..