pepatah berkata melentur bulur biar pada rebungnya...
itu pepatah untuk peringatan,
disuruh di didik dengan diajar semasa kecil,
sikecil yang baru mengenal dunia,
mengensot badan,
masih merangkak,
terus bertatih,
di tongkat dibimbing,
untuk terus berjalan,
dan akhirnya berlari,
itu lah si rebung yng masih muda untuk ia tumbuh hijau dengan tinggi lampai
mencapai kejayaan dan harapan si orang lama yang menjaga, jangan luluh di hujung hari mengeluh tanpa henti, kerana tiada erti untuk mengerti erti itu sendiri.
Bagaimana dengan si buluh???
kata si orang lama susah untuk melentur buluh,
melentur terus melentur,
akhirnya patah tiada guna,
kesihan si buluh yang terpinggir ynag memerlukan harapan dan sokongan,
disisih,
di biar,
dilonggok,
ditabur,
semua kerana buluh patah tidak boleh diguna
cantas lah ia si buluh bimbing lah ia ke puncak awan supaya lebih bermatlamat,
mencantas perlahan mengikut urat selari untuk menanti pucuk baru kepada yang telah tertinggal ini untuk menjamin masa depannya dengan bimbingan yang betul...
"di lentur jangan di catas menanti"
ini lah realiti kehidupoan kini.... =)


No comments:
Post a Comment