lahirnya sinopsis yang dibawa tidak berputik hasil...

Thursday, January 5, 2012

kata dari mata

sebuah emosi boleh terlihat daripada muka dan dapat dilihat dengan gerakk geri mata yang tidak tenteram
terkebil sepasnag mata yang sempurna ciptaannya
tersalah pandang derhaka ia dari hati gelap gelita dan malap
disini bermula segala kata-kata dan luahan si hati yang berbicara
sebagai pelengkap yang sempur iaitu MATA

sering aku melihat dalam kehidupan yang penuh kesempitan
tetapi mata luas terbentang dengan akal yang berfungsi
tertulis satu demi satu sel nuklion terhasil
mudah mentafsir segala tersirat dan tersuratnya
mabuk mata melihat meratah kenyang segala ragam dan sengketa
untuk ditulis dan dikongsikan kata yang tidak seberapa
aku terkilan kerana mata kasar yang jelas ini masih lagi yang tidak ternampak di sebaliknya
aku mudah lupa, leka, berfoya-foya dengan dunia nyata
kenapa masih tidak tersedar akal, hati untuk bangun bangkit
bila melihat kelompokmu dihina masih tidak serik
buka lah mata , BUKALAH untuk sedar dari telena fantasi yang buta
itu kehidupan fakir dengan pemikiran yang kehadapan
budaya hanyut dijadikan pegangan...
mata yang tersirat ku nukilkan sebagai kesedaran kehidupan..

No comments:

Post a Comment