lahirnya sinopsis yang dibawa tidak berputik hasil...

Sunday, August 21, 2011

sakai pembicara sakai bertabla

tampil luar biasa dari biasa,
di tanya merendah diri sahaja membawa diri apa yang ada,
ilusi menjadi fantasi pada minda ku melihat
si sakai yang berani mencabar diri,

sakai bergaya dengan cara idola,
menjadikan semua senyap terpinga dengan tanda soal dikepala,
sakai penuntur bahasa yang selamba dan besederhana,
dengan tabla sakai mencari nada sebagai latar pendendangnya

sakai ditawa sinis berbisa sebelum sakai merentakkan irama tabla,
tabla mula diketuk si sakai bermula,
luah tutur sempurna dengan gambaran bersahaja,
ke kanan ke kiri mengikut rentak sakai tabla bergema,

telopong teruja,
telopong jakun,
telopong kagum,
telopong tenganga,
melihat si sakai menjamah bahasanya

rancak dengan irama sakai mengetuk tabla,
sakai bicara terus melentuk riuk geraknya terus dengan di ulek dilema
hingga kan kanta kusyuk merakam kerana sakai memberikan cara berbisa

objektif selesai setelah tamat hidangan di ratah kesemuanya
hingga sekalian terpaku seperti gencatan
yang di panahkan oleh irama sakai

berhenti hayunan dengan kepuasa sakai,
ternoktah kata si sakai
menjadikan satu permainan peringatan yang istimewa...

sekian,
tahniah si sakai-sakai...

1 comment: