lahirnya sinopsis yang dibawa tidak berputik hasil...

Saturday, October 1, 2011

manusia adalah kita

bila dilihat memang serupa,
berkaki,
bertangan,
berbadan,
bermata,
bertelinga,
berhidung,
bermulut,
memang serupa,
tetapi itu fizikal untuk disamakan,

bagaimana hati, perasaan, jiwa, metaliti,tingkahlaku,
lain padang lain belalang itu pepatah yang sinonim dengan kita,
daripada si nakal hingga ke tua bangka,
itu saja yang boleh dijumpai pepatah melayunya,

memang berkturunan nabi adam dan hawa,
sejak ditempatkan dibumi,
generasi demi generasi di himpunkan,
tetapi masihkah sedar diri si diri ini,

makhluk budi boleh dikelas,
dan benarkan dengan kata asing nya buddy,
pelbagai di definisikan,
tetapi adakah mereka sedar,

manusia,manusia,manusia
sering teruja, sering gelisah, sering hampa,
tiada kesudahan tetapi ada penyelesaian,
kemahiran ditangan dan cara pemikiran sebagai taruahan politik duniawi,

sentiasa mencari saingan tanpa penamat,
jangan dilupa akhiratnya kerana itu penentu untuk dihitung kendian,
lupa arahan kejurang seksaan,
jangan dilupakan kehidupan kemudian,

"jangan biar diri di longgok hina, atur bakti untuk dinikmati" 




No comments:

Post a Comment