tersenyum menerima,seperti tiada masalah diduga,
tenang bertanya tidak mengelipkan mata,
air muka dalam keadaan selamber,
tidak bekerut muka,
orang melihat suka mereka,
tanggungjawab digalas diharap sempurna,
mudah menerima bersungguh-sungguh,
TETAPI HAKIKATNYA!!!
berkerut hati kecut,
meronta-ronta menolaknya,
huru-hara jiwa,
terkejut mata tidak terkebil dibuatnya,
pemberian demi pemberian,
membuatkan terlalu banyak persoalan,
kenapa mereka saja yang tidak perlu mengambilnya,
semuanya menjadikan masalah,
tidak teratur kecah bertumpahan.
TETAPI HAKIKATNYA!!!
erti tersirat telah diukirkan sempurna,
cuma tidak tahu apa,
ujian itu percubaan iman,
adakah ia utuh menahannya,
cuba direnung mungkin ada kebaikannya,
kerana akan datang bagaimana caranya pula.
"niat"
No comments:
Post a Comment