sebelum melulu tegak yang serpuna
perlu difikirkan laluan yang ingin di rentasi,
halangan yang perlu dihadapi
keadaan yang perlu diharungi
bekalan yang perlu disediakan
persiapan yang perlu dirancang
mungkin kalau diteruskan jalan tanpa persiapan aku akan menyerah kalah
tetapi silap kenapa aku perlu tahu aku akan menyerah kalah kerana aku sudah merancang
rugi aku menyerah kalah sekarang kerana aku sudah merancang
berpatah balik lah aku dengan kehampaan
sia-sia aku merancang aku tahu apa yang akan ku lalui kenapa perlu berpatah balik
harungi saja rancangan itu kerana aku tahu ketentuan itu pemberian MAHA PENCIPTA
setiap ujian bukan kerana tersilap langkah tetapi petunjuk untuk MAHA YANG MENGETAHUIi
ingin memberikan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini
bukan alasan buatku untuk berhenti lagi
teruskan saja perjalanan itu kerana kebarangkalian
mudah dinyata di dalam diari putih yang berkulitkan corak bertajuk kan hari dan tarikh
kelakar seperti kanak-kanak yang tidak berteman
biar dikata begitu kerana kebarangkalian itu nampak dan perlu dicatat dan dijadiakan panduan hidupku yang tidak tahu akan kebarangkalian aku
mencuba dan demi mencuba untuk memenuhi perancangan aku
biar parah luka dikaki jangan dihati
biar koyak kulit di badan jangan koyak minda dengan permainan psikologi kata
itu semua kebarangkalian
untuk diterokai sebuah lapangan kosong bukan mudah lebih baik mencari yang ada tanaman boleh dijadikan taman
cubalah kebarangkalian itu untuk engkau leboh tahu
melulu tegak tanpa ragu ragu kerana engkau tahu
kebarangkalian itu sentiasa permaianan pernacanagan ku...
setiap perancangan itu ada ketentuannya dan kebarangkaliannya
No comments:
Post a Comment